Thursday, December 25, 2008
kasihan anakku..
Pagiku dikejutkan dengan bunyi batuk danish. Meruntun jiwaku mengenangkan batuk anakku yang nadanya seperti batukku juga satu ketika dahulu di Malaysia. Kini aku sudah jarang batuk lagi sejak aku di sini,di bumi Arab Saudi (mungkin tubuhku lebih sesuai dengan keadaan kering berbanding lembap). Kasihan mendengar anakku batuk. Mungkin inilah yang dirasai oleh semua ibu bapa. Ahh, indahnya perasaan ini. Walau bagaimanapun danish tidur dengan nyenyak kembali. Mungkin kerana malam tadi tidurnya agak lewat menginjak ke jam 12 tengah malam ditemani mummy sedangkan papanya telah hanyut dibuai mimpi. Memang kasihan melihat danish dengan hidung yang berair kerana selsema (aduh..sensitifnya jiwa ibu bapa). Dari mulutnya juga keluar lelehan saliva. Adakah simptom selsema juga? Papa dan mummy membelek-belek mulut danish. Oh, ada 2 batang gigi taring mahu keluar rupanya. Kini danish bakal menambahkan koleksi gigi susunya kepada 10 batang. Kasihannya danish, mesti sakit gigi nak tumbuh. Semoga Allah mengurniakanmu dengan kesihatan dan kekuatan untuk berusaha atas iman dan amal. Amiiin.
Wednesday, December 24, 2008
Innalillah....Assistant Prof. Dr. Ahmad Shukri Yusof
Takziah untuk keluarga Dr. Ahmad Shukri Yusof atas pemergian Allahyarham menemui Rabb yang Maha Menguasai dan Maha Memiliki setiap sesuatu. Berita diterima dari rakan studio Pn. Shahrul Yani pada jam 2.50pm waktu Riyadh. Beliau merupakan pensyarah di Kulliyyah Senibina & Alam Sekitar IIUM dan pernah mengajar penulis bagi subjek Kajian Warisan (Heritage studies) lewat tahun 2000. Bagi penulis beliau merupakan seorang pendidik yang mempunyai ilmu yang mendalam di bidang warisan senibina (architectural heritage) dan falsafah & sejarah senibina. Beliau menjadi pensyarah yang memimpin kami ketika kajian lapangan (heritage study) di Semarang, Jawa Tengah, Indonesia. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Subscribe to:
Posts (Atom)